kalau asyik disalah erti.
geram kan?
kalau asyik dipandang tepi.
marah kan?
kalau asyik diracun hati.
kala sedih menjengah,
mahu sahaja biar tangisan berpanjangan.
kala geram meresap,
mahu sahaja biar suara tinggi bergetar.
kala marah merasuk,
mahu sahaja biar penumbuk bertemu muka.
tapi aku tahu,
tangisan lama bukan pengubat hiba.
tapi aku tahu,
jeritan menggila bukan penawar celaru.
tapi aku tahu,
membalas ganas bukan mereda hati yang panas.
ku salurkan tangisan ku pada Yang Pemurah.
ku lamakan kata2 ku pada Yang Mendengar.
ku abdikan diri ku pada Yang Esa.
seusai tidur.
ku cari teman.
lepaskan yang terbuku di jiwa.
ku kongsikan.
seusai cerita.
ku mampirkan diri ke alam.
mencari ketenangan.
dengan lukisan Dia.
seusai puas perhati.
ku cari diri dalam diri.
jangan biar diri puas ratapi.
kesedihan yang lama pergi.
tapi, aku tetap aku.
masih merasa semula perasaan itu.
aku manusia.
akur akan asli diri ku.
----------------------------------------
kawal lah insan, akan diri itu.
perasaan itu akan tetap hadir.
tapi kau akan pilih:
-biar perasaan merobek jiwa, atau
-salurkan perasaan pada alam yang luas
only He knows.
3 response(s):
uwaa~~ best2!!!
nape zal?? any probs?? huhu..
style!!!!!!! i like...ko mmg berbakat la..g la tulis buku..huhu
both of you> trimas :)
qari> not yet. :P hasil pemerhatian dan dengar2 kat hospital dan uni.
acap> haha. aku x serajin kau nk tulis2 serius,
Post a Comment