Sunday, February 8, 2009

sudah~

kegembiraan di realiti tidak me'mesti'kan keriangan di hati...
kalau aku berpura-pura?
kalau aku hanya berlakon?
kalau itu semua benar?

titisan air mata terakhir...
itu aku harap...
penat dengan keadaan semasa...
yang baru mula menduga...

berhenti sebelum mencuba...
kalah sebelum bertarung...
itu kata-kata awal dahulu...
kini, biar aku mula tatih aku...

Tuhan, aku berdoa...
tetapkanlah aku sebagai manusia...
mungkin dunia himpit ku dari semua arah...
aku tetap mahu jadi aku...

>terima kasih kepada yang sudi tolong<

6 comments:

Shokat said...

kenapa penuh melankolis disini? :(

fareez fadzil... said...

penat~~~

Unknown said...

aku terasa tercabar pabila membaca ko nye post ni..haha..

fareez fadzil... said...

cabaran sebagai ujian untuk mendewasakan diri, mungkin~?

:D lalalalalala

Wak Dol said...

Bahkan, kadangkala apabila terlalu asyik bergelumang dengan dunia yang kononnya menggembirakan ini kita akan sejenak menghayati bahawa belum tentu kesenangan itu sebenarnya yang mahu kita kecapi lalu hati, akal dan nurani kita akan terbawa kepada fitrah insan: untuk menerka maksud, erti dan makna yang hakiki. Rasanya perjalanan dalam memaknakan kehidupan ini amatlah panjang namun apa yang utama adalah memulakan langkah yang pertama. Teruskanlah usaha untuk menukilkan karya anda dengan lebih baik lagi. Secara kritikalnya, ada suatu kesamaan dalam hasil-hasil bicara saudara iaitu saudara semacam bermula dengan suatu isu yang mahu dibicarakan lalu mengheret isu tersebut ke hujung. Terasa macam terbawa-bawa dengan bait-bait saudara. Walau bagamanapun itu cuma pendapat seorang jawi yang belum benar-benar alami dalam dunia perpuisian ini. Betapapun aku berkira-kira, saudara patut menghargai buah fikiran saudara sendiri. Wallahu a'lamu bis-sawab. Subhanallahi wabihamdiHi nashhadu an la ilaha illa Huwa nastaghfiruHu wanatubu ilayh.

fareez fadzil... said...

apa maksud terbawa2?
thanx for the words~~~