Friday, March 27, 2009

ku x paham diri~

langit tinggi indah,
ku hulur tangan kerdil,
ouh, tak tergapai,
aku sedar aku siapa...

laut biru damai,
ku jejakkan kaki satu,
ouh, dalam nya,
aku sedar aku siapa...

tapi,

kini ku lihat awan di tepi,
berehat senang di kerusi ku,
mungkin ku tak mampu belai awan,
namun, ku mampu berada setaraf...

kini ku lihat laut di keliling ku,
sambil bayu tampar lembut pipiku,
mungkin aku tak mampu selam jauh,
namun, ku mampu menongkah arus hebat...

-----------------------------------------------------------------------------

aku mungkin tidak mampu untuk jadi sahabat rapat kau,
biarlah aku tidak jadi musuh ketat kau...

aku mungkin tidak mampu menyelesaikan masalah kau,
biarlah aku berada di tepi kau, beri dorongan semata...

aku mungkin tidak sehebat lelaki2 gagah di sana,
biarlah aku di sini, semoga kau bahagia...

------------------------------------------------------------------------------

nada melankolik hanyalah nada semata-mata,
yang penting, isi dikuis dan ditatang...

bukan mengharap menjadi berlian dalam serpihan kaca bersepah,
hanya tidak mahu menjadi nila dalam susu sebekas...

--- jika jiwa bergetar tika baca,
anggap tulisan ini hanya angin halus yang singgah seketika ---

9 comments:

.:dyla lokman:. said...

sukar untuk ditafsiri apa yang sedang diri alami

jangankan kamu
masih ramai yang juga tidak memahami diri

Alia said...

yeah.
tak paham.but bunyi sdap.haha

fareez fadzil... said...

raihan> diri itu abstrak, kan?

alia> :P

Anonymous said...

u r a true writer!!
mr A. Samad Said Jr!!!
*kagum*

fareez fadzil... said...

...

cik.siti said...

banyak tafsiran kan puisi kali ini?
>.<

bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian.

masih relevan lagikah peribahasa ini? mungkin.

fareez fadzil... said...

hehe...
puisi patut utk kembangan minda...
tiada spesifikasi...
kan3?

kadang2, susah2 dulu, susah2 kemudian... semoga tidak berlaku..
semoga mendapat petunjuk yang hakiki... insyaAllah...

=D

Anonymous said...

serius gempak.. antar la kat dewan siswa..


-mesti kau tau sape kan??

fareez fadzil... said...

hehe...
ku rasai kritikan tajam faisal tehrani...
biarkan~~~ :PP