insan itu berduka,
kerana hidup bermuka-muka,
diri bagai sudah penat,
dengan jiwa bagai ralat...
keluhan kedengaran sedikit,
meratapi nasib kurang menarik,
perhati hidup mereka senang,
"ouh, aku juga mahu terbang"...
kau anggap semua berliku,
sedangkan diri yang masih terpaku,
buka minda seluas2nya,
mungkin ada harapan nyata...
cari mana hilang sayap mu,
yang dulu mekar memacu,
kalau musnah bina semula,
tiada cahaya datang bersahaja...
No comments:
Post a Comment