ku jadi pemerhati setia dua burung;
ku namakan mereka "merpati sejoli"...
asyik sungguh ku perhati,
merpati sejoli sungguh mesra dan intim,
aku terpikat untuk terus perhati,
untuk tahu segala erti maksud hati merpati sejoli...
ku terus, terus, terus menjadi pemerhati setia,
sampai suatu masa,
aku tangkap sahaja merpati sejoli,
masukkan dalam sangkar dan bawa ke rumah...
jangan salah anggap,
aku hanya mahu perhati,
bukan untuk menyeksa,
ku beri merpati sejoli makanan se'optimum'nya,
minuman secukup2nya...
namun,
merpati sejoli tidak serancak yang pernah ku perhati,
hanya di situ dan bertengek semata2,
bermesra seadanya,
baik, aku sudah mula bosan...
ku berkeputusan untuk melepaskan merpati sejoli,
terbanglah merpati sejoli di awan tinggi luas,
kembalilah merpati sejoli ke destinasi permulaan...
aku perhati sementara,
ouh, keindahan kembali menetap di hatiku...
ku terfikir...
kadangkala,
ada yang patut dibiarkan,
untuk keindahan kekal bersama...
kadangkala,
benda yang jauh itu manis,
benda yang dekat itu pahit...
kadangkala,
aku begitu obses untuk mengetahui,
sambil abaikan erti jiwa 'mereka' yang patut dijaga...
Burung2 itu,
kalau kamu ingat muka ku,
sudikah kamu memaafkan daku atas kekhilafan ku terlalu mengganggu hidupmu?
>post yang sudah berhabuk sebagai draft. sudah tiba masanya<
15 comments:
ooh..sian je bunyi.
haha..
time ko buat ni, konfem tgh emo smacam.
n time tu ko malu.
n skarg ko dah brani.
mrepek je aku ni.
haha
semakin menarik komen ko~
suka~
"time ko buat ni, konfem tgh emo smacam." -not quite tho'
"n time tu ko malu.
n skarg ko dah brani." -almost true, not dat shy or humiliated back then, just a little bit frustrated...
:) brave interpretation (:
pernah ke ko x emo? ==
shou> =.= <== aku baru nk emo ni...
faidzal emo??? hahahaahahah~
ko kenapa???
emo itu marah atau jiwa gelap?
ok, aku blur, :P ...
xde pape~ juz part and parcel of life, :D
>zahirkan jiwa melalui perkataan<
Alangkah bagus kalau merpati itu aku dan ...........
Ha ha
isi letak kosong yg best nih...
nak aku senaraikan siapa yg b'barangkali?
:PP
boleh jugak.
Senaraikan secukup rasa.
hek?
am i talking to ma'min?
he~ nanti senarai penuh skandal menyusul~ :P
yup
hoho~
menarik. >.<
=) utk korg berdua
Post a Comment