Thursday, November 19, 2009

itu bukan~

Kau merewang sendirian di jalan sesak,
Kau mengharap orang di sekeliling perasan kewujudan kau,
Tapi, mereka tetap sibuk dengan kerja mereka,
Kau rasa kesunyian…

Kau hanya mampu ukir senyuman,
Senyuman kecil untuk diri kau,
Kau imbas kembali memori manis lampau,
Mengharapkan semua itu berlaku kembali,
Tapi, kau hanya mampu mengharap…

Kau pandang sekitar kau,
Kau rasa sedih,
“Mana pergi teman?”
“Mana pergi kasih?”
“Sudah hilangkah semua?”
Kau tanya diri,
Tiada berjawab,
Hati kau sudah terasa sebak,
Dan kau tiada hala tuju,
Mata mula bergenang air mata…

Hidup kau perit,
Waras kau semakin pudar,
Kau teruskan jalan lemah kau,
Sampai di rumah,
Kau mencapai pisau,
Kau sudah teresak-esak,
Kau sudah hilang punca…

Kau letak pisau di pergelangan tangan,
Kau tersedu-sedu,
“Ini mungkin yang terbaik untuk hilangkan segala-galanya”
Itu sahaja yang kau mampu ujar pada diri kau…

Kau memang sudah hilang segala-galanya,
Minda kau,
Hati kau,
Jiwa kau,
… Diri kau…

Kau tekad untuk potong giliran maut kau,
Kau dah penat,
Kau pandang atas,
Tak mampu lihat diri ambil nyawa,
“Akan ku lakukan ini”
“Selamat tinggal dunia”…

Tika kau toleh atas,
Mata kau tertumpu pada buku-buku di atas rak,
Dan kau nampak Al-Quran berhabuk itu,
Hati kau bergetar,
Kau jatuhkan pisau itu,
Kau menangis lagi,
Kau duduk,
Tangan di mata,
Mahu menutupi segala memori pahit,
Kau menangisi kelemahan kau…

Bersyukurlah kamu Allah biar kamu lihat Al-Quran berhabuk itu,
Dan beri getaran keinsafan pada kamu,
Buang lah habuk pada kitab itu,
Buka lah,
…dan hayati lah…
...dan amal lah...
Dan moga tenang hati kamu…

-------------------------------------------------------------------------------
Semua masalah ada penyelesaian,
Tapi maut bukan jalan nya,
Dan itu bukan kerja kamu...

Bahu aku masih kering,
Kalau kamu mahu basahkan dengan air mata kamu,
Kalau kamu mahu~

2 comments:

Anonymous said...

Oit!!!!!!!
Jangan bunuh diri.
Penat aku angkat time accident hari tu.
HA HA HA HA

fareez fadzil... said...

HAHAHAHA...
never have a thought bout dat,
dun wori, captain~ :)