i'm not a guy for you to love
i'm not a friend for you trust
i'm not a somebody for you to care about.
you and i are never the same.
but can't we tolerate these difference?
-------------------------------------------------------------------------
aku palingkan muka ku
bukan untuk kau paksa ku memandang mu.
kalau itu yang kau mahu.
serius, aku tetap akan jauhkan diriku padamu.
dan tetap tidak pandang mu.
aku bukan sepertimu,
untuk tabur kebaikan di sana sini,
untuk bentuk insaniah yang abadi.
kerana aku masih mencari diriku,
dan diriku, ku pasti, bukan kamu atau bayangan mu.
jarak ku dengan mu akan ku jaga,
supaya tiada paksaan dalam jiwa ini,
yang kau robek satu persatu.
masih kah kamu mahu mendekati ku?
silakan,
aku sudah sedia langkah seribu.
-------------------------------------------------------------------------
aku hanya nampak kesusahan dalam hidup,
bebanan yang bagai tiada akhir.
aku hanya mampu mengeluh,
kesalan yang masih berbunyi.
kelam minda dan penglihatan,
campuran dunia dan akhirat.
Kau berhentikan kaki ku,
lihat kan ku cahaya cerah,
di sudut yang sepi.
Kau biarkan ku jalan menuju cahaya kecil.
dalam kelam ku hayati cahaya,
aku terus gembira dengan cahaya.
dalam asyik sendiri,
aku lihat sekeliling.
kelam makin pudar.
kau ganti dengan sinar
sedikit-dikit,
tanpa ku sedar.
kini aku lihat,
hanya sedikit kelam dalam sinar yang luas.
aku berdoa,
tidak aku mahu ke arah kelam yang sudah pudar.
-------------------------------------------------------------------------
2 comments:
mencari kedewasaan perlukan sub-drama.
mari ber-dansa sastra.
chill~ :D
haha. drama itu pahit-masam tetapi masih indah-manis.
sudah dialunkan rentak irama sastera.
:D
Post a Comment