Tuesday, June 29, 2010

erti kisah.

satu-satu rebah ke bumi
bagai hilang segala percaya
kau tilik diri sendiri
apa masih ada sinar neraca

kau masih nantikan panggilan sepi
tunggu dengan penuh gagah
segala harapan kau telah mati
semua hanya tinggal sejarah

kau biarkan dunia hancurkan engkau
dalam tusukan seribu macam tajam
kau relakan dirimu dimamah ranjau
pandangan mu hanya lah pada kelam

kau terus menjerit;
"mana pergi cahaya cinta
mana hilang belaian kasih
ada lagi kah erti pada makna
ada lagi kah erti pada sakti"

biarkan lah semua itu berlalu
walau tiada peluang untuk lupa
kejar lah segala yang kau mahu
kerana masa lampau hanya cereka

kau cari segala seribu kekuatan
untuk berdepan carca marba manusia.

bahagia lah kamu kalau jumpa ketenangan
itu makna kau sudah bersedia.

-----------------------------------------------------------------------
semua kisahku hanya satu;
mencari diri
mencari realiti,
dan segala bagai perjalanan
di antara mula dan akhir nya.

kadangkala menyeksakan
kadangkala menyeronokkan
tapi itu semua kisah
yang telah kita corakkan

jangan ada sesalan
semua itu suratan

fikirkan yang masih putih
untuk kita warna-warni kan.

0 response(s):