izinkan lah diri mu tertawa,
lihatlah dunia penuh warna,
hayati lah keindahan sementara.
kau sedang bersedih,
izinkan lah diri mu menangis,
meratapi jangan lah sekali,
beri lah peluang minda mu merintih sunyi.
dunia penuh tawa dan duka,
itu lumrah yang semua rasa.
tidak Tuhan beri ujian,
melainkan kau boleh galas.
kau dan aku lain caranya,
itu buat kita berbeza,
tapi tujuan kita sama,
untuk capai gembira selama2nya.
tapi, bukankah ukiran marmar itu perlukan dikikir,
sebelum mencapai hasil yang menarik?
kalau manusia, diri dikikir mesti rasa sakit, bukan?
kejayaan selalu datang selepas kesusahan,
untuk kau hargai dengan penuh makna.
0 response(s):
Post a Comment