Friday, December 24, 2010

manusia itu ada hati

Sudah lah kata dusta,

Sudah lah kata nista,

Itu hanya justifikasi kau kepada dunia

Betapa tidak kisahnya kau kepada dia.


Segala kisah manis tidak pernah pudar

Namun kisah pahit itu tetap buat kau terluka,

Tapi dalam sedar yang kelam

Kau masih mahu perhatian dari dia.


Bukan dia yang kau benci

Hanya sikap yang menjadi duri kepada diri.


Hanya satu yang dipinta,

Jangan dibiar benci terus membara,

Kelak terhalang sinar cinta yang lebih mulia.

---------------------------------------------------------------------------------------

Dalam kecewa berbolak balik kau,

Pernah terfikir segala bakti seribu yang dia tabur?

Pernah hati tersindir dengan budi kau yang sedikit kalau nak dibanding?

Dan kau kecewa kerana duri sedikit yang tercalar di hati kau,

Sedang duri kau pernah buat dia berdarah?


Pernah tercelik di minda

Dia pernah ‘renang lautan api’ demi kau?

Pernah terdetik di jiwa

Dia juga punya perasaan, juga sensitif seperti kau?


Dan kau hanya mampu kata

Dia seorang sahaja tidak mampu memahami,

Sedangkan dia yang sudah merasai baik buruk kau.


Cerminlah diri,

Dan jangan biar cermin itu terus biar kau hanyut dalam keindahan kata-kata sendiri.

---------------------------------------------------------------------------------------

Siapa kata dia tidak pernah rasa kecewa,

Jauhi diri dia

Itu bukan manusia.

3 response(s):

aQilaAini said...

arghhh naissss :)

MOHD ASHRAF said...

superb..it shows that u r mature after all...hehe.

fareez fadzil... said...

aQila> =D
acap> i was immaturely cute before this~? :P