rehat-rehat minda yang kusut,
kulihat,
langit hitam kemerahan,
awan selubungi hambar,
bandar dibanjiri lampu,kudengar,
sahutan anjing berbicara nyaring,
angin menderu-deru syahdu,
alam menyanyi rentak irama,
kurasa,
duniaku pelangi malap,
diri perhati jauh,
hadapan hanya bersahaja,
haluanku masih perlu diredah, kerana hidup perlu diteruskan, walau kelam mana....
2 comments:
test r antar kat dewan siswa..
haha...
x mampu ke tahap itu lorh...
Post a Comment