duduk di tepian,
perhati orang ramai
perilaku memang pelbagai,
itu lumrah manusia sejagat...
dua orang berpegangan tangan,
mengaku dalam lamunan,
trend agak diterima ramai,
patutlah dunia semakin panas...
dalam masjid duduk di penjuru,
senyap2 zikir penuh khusyuk,
ada pula borak penuh masyuk,
ini dia insan alaf baru...
tasik indah sejuk mata,
syukur nikmat Tuhan yang Esa,
tiba2 nampak semak bergerak,
aduhai rosak mood ilmiah...
hebat sungguh bila berucap,
terpegun, terkesima semua ada,
pabila suruh buat kerja,
1001 alasan jadi jawapan...
bab study memang gila,
buku bertimbun tak nampak awan,
bila suruh mengaji malam sekali,
cari Quran tak jumpa2....
bukan kata diri ni sempurna,
kekadang ada juga yang dibuat,
pemerhatian kaca mata kerdil,
sama2 mandi air jernih...
4 comments:
whoa.
aku makin salute kat ko.
haha.
.... :)
lalala
yg gerak dlm semak tu...
haiwan kowt...
hahaha....
HAHAHAHa....
mungkin r~~
Post a Comment