Saturday, January 23, 2010

risau itu, kadangkala, perlu.

kadangkala aku risau.
risau pada orang yang pandai bersuara tapi tiada isi.
risau pada orang yang banyak berkata tapi fakta daif.
risau pada orang yang hebat berbicara tapi ilmu cetek.
kerana ramai (mungkin) yang pandang pada luaran (kepetahan) bukan dalaman (fakta).

-----------------------------------------------------------------------------------------

kata khatib tadi, "ilmu bukan milik persendirian, tapi amanah Allah untuk disampaikan"
*ya, saya tidak tidur masa khutbah tadi*

-----------------------------------------------------------------------------------------

kadangkala menarik melihat orang berusaha yang betul-betul tegakkan apa yang dia rasa benar.
walaupun orang lain pandang hina akan usaha dia. (baca: memperlekeh)
perserverance, orang putih kata. cekal hati dan istiqamah, aku kata.

dan aku tanya diri aku, 'kau mampu tak buat macam dia?'
sekarang, aku masih geleng kepala.
keyakinan belum mekar. dan masih mencari.

-----------------------------------------------------------------------------------------

"pejal, what is true excitement?"
"when you feel content and your beloved ones are by your side; my definition"

No comments: