Lepas dah renew, pergi la McD. Mengidam big breakfast la pulak. Hash Brown tambah lagi satu. Lepas beli, letak la makanan di atas satu meja dan pergi la nak ambil sos dan gula. On the way ke tempat sos, ada mak cik cleaner McD menghalang perjalanan. Maka sebagai insan berbudi bahasa, aku cakap lah 'tumpang lalu cik' dengan penuh sopan santun. Mak cik cleaner pun memberi laluan, lalu daku ambil sos dan gula. Dah duduk, letak sos kat roti dan sapu guna plastik letak sos tu. Dan2 mak cik cleaner datang lalu berkata, 'ni lupa ambil sudu garfu' sambil tersenyum dan memberi sudu garfu berplastik kepada daku. Aku stunned. Aku senyum balik dan ucapkan terima kasih, tetiba teringat cerita Khurafat part mak cik tua gasi makanan kat Johan. Ok, pemikiran negatif perlu dibuang. Tengok mak cik cleaner td, takde pun stare aku macam mak cik dalam cerita Khurafat. Ok, serius kena fikir benda lain. Sambil tuang gula dalam kopi,teringat ada seorang tu yang letak gula satu tan dalam kopi dia. *cough* Reefqi *cough* bwahaha. Ok, minda, sila cari idea baru.
Apa nak buat? Baru pukul 10.30. Fikir 5 minit. 'Since Jalan Tuanku Rahman turun kat Chow Kit Monorail, singgah Times Squre jap lah'. Yes! idea bijak. Sampai Times Square, blur pulak nak buat apa. Singgah Borders jap. Bosan gak. Maka, kaki pun pergi lah ke Secret Recipe, badan dan anggota lain turut serta, of course. Lepas gian kat Chocolate Indulgence. Kat Australia, Melbourne je aku tahu ada Secret Recipe. Dan2 teringat akan Chan di India yang tak gemar Tiramisu. *acece*
Jam dah pukul 11.40, pastu teringat yang bapa kata tunggu kat sogo bahagian Jalan Tuanku Rahman. *bahaya teringat separuh ayat je*. Kalau gitu, kena naik LRT Ampang line. Interchange kat Hang Tuah. Pastu ke Bandaraya.
Dalam Sogo, alan2 bapa akan terlewat sikit, maka bersiar2 la kejap di bahagian jual beli pakaian. Nampak jeans half price. Hehe. Beli
Nampak shorts dikaun. Hehe. Beli.
Shopping sambil sms Bota yang bakal berangkat ke China untuk meningkatkan ekonomi negara itu. Happy je gaya segala reply.*aku mampu shopping sini je, Bota*
Dan naik lah kereta bersama2 bapa ke rumah datuk dan nenek. Minta restu sebelum berangkat pulang ke bukan tanah air Jumaat ini. Gusar sungguh perasaan. Kat sana dah takde Acap sms 'Jal, jom kuar esok'. =P nak suruh Akbar ganti r. *aku rasa Akbar pernah ajak. cuma tak terpenuh lagi permintaan. tahun ini akan cuba* *cough* Macarthur ke City sejam kot *cough*
gila rambling tak tentu hala.
mana2 guru bahasa, harap ampunkan segala kerojakan dan ketidaktentuan tatabahasa.
Only He knows the best.
5 response(s):
LOL XD
gula satu tan eh..?? haha~
lupa lak, selamat berangkat balik ke aussie r ek.. huhu~
hahaaha
tq, dude.
have fun wif da papers.
hahaha~ingt tiramisu, janganlah ingt kat aku~hahaha
tiramisu dan ko are two things that come together. conversely. :P
Post a Comment