Sunday, February 20, 2011

UWS & Kumon

sudah satu minggu di UWS untuk tahun kedua.
ho yeah.
mari semangat~!!!

ok, masih mood bercuti.
PBL punya kerja pun tak mula lagi.
this is not good.
nak present lagi dua hari.
dan esok dah bertambah homework; tutorial PPD. *ho yeah*
persevere my dear mind and soul.

*tarik nafas dalam2*
*jangan hyperventilate*

ok, sem ni ada tiga systems.
renal.
musculoskeletal.
neuro.

sekarang tengah menelaah buah pinggang.
nephron yang halus tapi amat penting.
pundi kencing yang perlu dikosong kala sudah terima isyarat *tahan lama2, kesian kat pundi nak tahan*
and others.
hoh, rasa seperti ilmuwan. tapi masuk tutorial aritu, rasa seperti kanak2 blur. haisyh.

gila mengarut.

oh lagi satu.
masuk praktikal anatomi, dah kena sergah ngan doktor.
minta posterior abdo wall, tergasi anterior. haisyh

----------------------------------------------------------------------------
teringat masa hantar niece ke kumon.
jam kul 6.00ptg
hantar budak kecik masuk kelas.

time nak hantar mereka, ada student 8 tahun tanya cikgu kumon;
student: cikgu, asar habis kul brape?
cikgu: er? lebih kurang 7.15. nape?
student: saya tak sembahyang lagi. saya nak sembahyang dulu jap eh?
cikgu: *senyum dan angguk2*

student pun blah gi cari surau la kot.
cikgu still muka terkesima sedikit, mungkin first time budak 'hingusan' tanya pasal waktu solat.

aku time darjah 2 pun sembahyang still liat.
dia dah risau takut habis waktu solat.

Ya Allah, dalam kelam moral kini,
masih terpancar sinaran.
terima kasih kerana beri aku peluang untuk menjadi saksi.
dan semoga student tadi terus mendapat bimbingan-Mu.

0 response(s):